Monday 8 April 2013

Melayu mudah lupa

    DI mana semangat mu
di mana sumpah setia mu
di mana keperwiraan mu
di mana maruah mu
jangan jadi tin minuman
berbunyi lantang tapi kosong

    Laksamana hang Tuah berkata
melayu tak kan hilang di dunia
namun kini melayu hilang
di bumi sendiri kerana jati diri
telah pudar ditelahan harus kemodenan
serta tamak haloba di sebabkan kuasa
\
   Berlaga pendapat sesama kita
berlaga matalamat sesama kita
berlaga kuasa sesama kita
berlaga pengaruh sesama kita
jangan jadi macam pak kadok
ayam terlepas tangan berbau tahi

   Tun Dr Mahathir Mohammad pernah berkata
melayu mudah lupa kerana
ingin merebut atau mengejar
sesuatu yang tinggi hingga
sanggup lupakan perpaduan yang
selama ini di pertahankan

   Bangkitlah dari tidur mu
bangkitlah dari mimpi mu
bangkitlah dari lamunan mu
bangkit ah dari angan-angan mu
kerana negara perlu diri mu
untuk mampertahankan kedaulatan negara

   Tidak kira bangsa dan agama
yang pasti tinggal di Malaysia
mari lah melawan musuh bersama-sama
andai fahaman politik jadi penghalang
untuk bersatu mempertahankan negara
kita tunggu untuk di jajah kembali
   
   Andainya kau anak jati melayu
andainya darah mu pahlawan tanah melayu
andainya kau berbasah melayu
andainya kau masih berpijak di tanah melayu
kenapa harus berpecah belah
untuk memberi peluang pada musuh

   Dari perlis hingga sabah
andai kita bersatu pasti
kita akan dapat kembali keamanan
anak jati melayu anak jati sabah
anak jati serawak dan bumiputera
serta seluruh rakyat malaysia
bangkit dan bangun melawan musuh
tidak kira pencerobah atau pun musuh
dalam selimut di negara tercinta ini

1 comment: